Thanks.. Following me... I followwww...

Monday, August 17, 2009



Teguran Manusia Tanda Kasih Allah Kepada Diri Kita

Assalammualikum dan salam sejahtera,



Kasih dan cinta Allah swt tentunya suatu yang dicari-cari didalam kehidupan. Namun apakah mungkin akan diperolehi sekiranya kita tidak bersedia untuk mendapatkannya. Jika kita mahukan kesabaran didalam kehidupan, ianya bermakna kita perlu bersedia untuk diuji oleh Allah swt kerana kesabaran hanya akan dapat dibuktikan apabila kita dapat bersabar apabila ujian diberikan oleh Allah swt.



Ujian Allah swt didalam berbagai bentuk, ada dengan kebaikan-kebaikan yang diberikan dan ada didalam kesusahan-kesusahan. Setiap masa yang berlalu adalah ujian-ujian dari Allah swt untuk melihat hamba-hambaNya yang benar-benar bersyukur. Kehidupan itu penuh dengan kebaikan sekiranya seorang itu diberikan ilmu untuk mengenal Allah swt didalam kehidupan. Mari kita melihat presepsi diri kita tentang kehidupan ini. Bila ada orang menegur diri kita, kita selalu beranggapan orang tersebut hanya nak cari salah sahaja, bukankah teguran adalah tanda Allah swt menyayangi seseorang, kawan ketawa ramai, kawan menangis amat sedikit. Sekiranya seseorang menegur kita tandanya ia mahu untuk kita tidak terus melakukan kesilapan yang mungkin dimurkai oleh Allah swt.



Beruntung sekiranya kita mempunyai rakan yang bersedia menegur kesilapan yang kita lakukan. Al Quran diturunkan bukan sahaja untuk memberikan petunjuk tetapi sebagai panduan agar segala kesilapan dapat diperbetulkan. Kesilapan adalah lumrah didalam kehidupan, tiada siapa yang yang tidak melakukan kesilapan namun apakah teguran akan menyebabkan kita kerugian? Kita perlu mengubah minda kita agar bersedia untuk menerima teguran dari sesiapa sahaja, jika fakta yang ditegur adalah suatu kesilapan yang telah kita lakukan maka kita perlu memperbetulkan dan menerimanya dengan hati terbuka. Sebaliknya jika ianya suatu tuduhan semata-mata kita perlu merasakan semuga Allah swt mengampunkan mereka dan kita perlu melakukan yang sebaik mungkin sebagai manusia yang serba kekurangan.



Tanda kasih Allah swt kepada kita adalah apabila kesilapan-kesilapan yang kita lakukan diperbetulkan oleh Allah swt melalui manusia untuk kita bertaubat dan memperbaiki dari masa kesemasa. Marilah kita sama-sama bersedia untuk menerima teguran yang mungkin datang dari pembacaan, mungkin dari kata-kata manusia, mungkin dari radio, mungkin dari penderitaan orang lain, mungkin dari bencana alam dan mungkin dari sesuatu yang tidak kita fikirkan tetapi semuanya mahu menegur kita agar kita takut kepada Allah swt dan mencari keredaan didalam kehidupan yang sementara ini. Allah hu alam.

....................................................................................

20 sen dan harga sebuah iman..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam
tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut
telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan
tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin
turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu
bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir
menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

3 comments:

Lan said...

subhanallah....

Mahmood said...

Salam! Greetings to you on the occasion of Independence Day 31-8-2009.
Http://unitedoneworld.blogspot.com

NURA said...

salam sobat
ada AWARD sederhana untuk SOBAT,,,mohon diterima ya,,,di blog NURANURANIKU,di ALJUBAIL.S.A,,trims